KEK PISANG

Sunday, May 3, 2020

KUIH LOMPANG ...








KUIH LOMPANG LESUNG PIPIT
sumber :    Insta@Julia Aleen Airesh
(70 biji bergantung pada saiz acuan)




Bahan A :

500  gm  tepung beras Cap Teratai
100  gm  gula pasir
300  gm  gula merah
6  cawan  air
3  sudu makan  air kapur
2  helai  daun pandan   ~  disimpul


Bahan B :   (digaul sebati)

1  biji  kelapa parut   ~  putih sahaja,  kukus sebentar
Secubit garam


Acuan lompang secukupnya


Cara-Cara :

1.  Dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 3 cawan air, masak hingga gula larut, ketepikan dan sejukkan dulu.

2.  Dalam bekas lain bancuh tepung beras bersama dengan baki 3 cawan air lagi.  Kemudian tuangkan air gula merah, bancuh hingga licin tidak berketul dan tapiskan.

3.  Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat ketika dikeluarkan dari acuan setelah masak.  Tuangkan adunan hampir penuh, susun dalam periuk kukusan.

4.  Pastikan air mendidih panas secukupnya, kukus selama 10-20 minit atau hingga masak menggunakan api kuat.

TIPS :    Sebelum mengukus pastikan air betul-betul menggelegak, InsyaAllah ada lesung pipit.







No comments:

Post a Comment