SWISS TART STRAWBERRY
CARA MARIANA ZAINAL
Bahan-Bahan :
250 gm butter (me : guna brand ANCHOR SALTED) ~ suhu bilik
1/2 cawan gula aising ~ ayak
1 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
1 1/2 cawan tepung jagung ~ ayak
1/2 cawan cornflakes ~ kisar sehingga halus
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar chocolate rice (optional)
Filling : Jem strawberry secukupnya
Cara-Cara :
1. Satukan butter, gula aising dengan esen vanilla, kacau sebati menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan cornflakes hancur diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati. Adun sehingga sebati, doh memang lembik tau. Akhir sekali, masukkan chocolate rice, gaul sebati.
3. Paipkan adunan ke atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas baking paper menggunakan acuan/nozle kod 1M atau guna acuan semperit pun boleh. Nak lagi cantik guna nozzle kod 864.
4. Isikan filling strawberry ke dalam piping bag, gunting dibawahnya dan isikan filling tadi diruang tengah biskut.
5. Bakar selama 18 minit@sehingga masak, menggunakan api atas bawah pada suhu 170'C (atau ikut oven masing-masing).
No comments:
Post a Comment