BUTTER CHICKEN SEDAP & MUDAH
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan Ayam :
500 gm chicken fillet ~ potong kecil
1 pek tepung goreng berempah
Minyak
Bahan-Bahan Buttermilk :
5 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih ~ cincang
4-5 tangkai cili padi ~ hiris halus
1-2 tangkai daun kari
200 ml susu cair
1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (optional)
Secubit garam
Secubit gula
Cara Memasak :
1. Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk A dan 5 sudu besar air. Kacau rata. Dalam mangkuk B pula, tuangkan tepung goreng berempah.
2. Ambil sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul-gaul dengan tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis semuanya.
3. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
4. Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata-rata dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
SIAP !
No comments:
Post a Comment