KEK PISANG

Tuesday, May 12, 2020

AYAM MASAK KICAP !









RESEPI AYAM MASAK KICAP
BERSAMA KENTANG
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong kecil, cuci bersih & toskan
1  biji  ubi kentang
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
2  sudu besar  cili kisar
Kicap lemak manis secukupnya
2  sudu besar  sos tiram
1  biji  tomato   ~  belah 4
1/2  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  bawang holland ATAU bawang besar
Daun bawang   (me : guna lada benggala hijau)


Bahan-Bahan Tumbuk Halus :

4  biji  bawang merah
4  ulas  bawang putih
2  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Kupas kulit kentang, potong kepada wedges/baji dan gaul dengan sedikit garam.  Panaskan minyak secukupnya.  Goreng sehingga bahagian luar keperangan.  Angkat dan toskan.

2.  Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.  Goreng separuh masak.

3.  Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk.  Tumis bahan-bahan tumbuk halus, cili kisar sehingga kekuningan dan naik bau.

4.  Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.

5.  Masukkan sos tiram dan sedikit air.  Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.

6.  Masukkan tomato, serbuk lada sulah, kentang yang digoreng tadi dan bawang holland.  Kacau sekejap sehingga bawang layu.

7.  Hias dengan taburan daun bawang.


TIPS :   Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudah mempunyai cukup rasa masin dan manisnya.  Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.


No comments:

Post a Comment