KEK PISANG

Monday, March 26, 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE (tray : 9" x 9" square)
potongan yang tidak kemas tetapi kek ini sedap & moist.


resipi oleh : Yatiememories & teman-teman lain yang pernah mencuba, tqvm pada semua.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 tsp. soda bikarbonat
1/2 tsp. garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
125 gm mentega
2 biji telur (gred A)
2 tsp. esen vanilla
1/2 cawan buttermilk (atau : 1/2 cawan susu segar dicampur dengan 1 tsp. cuka & rehatkan selama 10 minit)
1 cawan air suam


Cara membuat :

1. Setkan oven pada suhu 170'C. Alas acuan 9"x9" persegi dengan kertas minyak dan sapukan dengan butter di sekelilingnya.
2. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Pukul mentega dengan kedua-dua jenis gula sampai ringan dan kembang. Masukkan telur.
4. Bila semua telah sebati, masukkan bahan kering berselang-seli dengan buttermilk dan air suam dalam tiga bahagian. Gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan vanilla. Tuangkan ke dalam acuan. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting :

125 gm Cream cheese (brand Philadelphia)
60 gm mentega
1/2 cawan gula icing (ayak)
1 tsp. esen vanilla/vanilli
1 tsp. jus lemon

Cara membuat :

Pukul cream cheese dan mentega hingga creamy sahaja dan masukkan gula icing, vanilla dan jus lemon. Pukul hingga sekadar sebati saja.

Chocolate Ganache :

100 ml double cream/whipping cream
250 gm coklat gelap (cincang halus)
sedikit garam

Cara membuat :

Double-boil cream jangan sampai mendidih, tambahkan coklat dan sedikit garam. Kacau rata. Bila semua telah cair, angkat dan sejukkan dahulu. Sapukan frosting krim keju di atas kek yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaannya dan tuangkan coklat ganache di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk sebenar. Potong dan sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment