KEK PISANG

Thursday, March 22, 2012


TELUR REBUS GORENG MASAK MERAH
oleh : DayangJack - tqvm for this resipi.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

5 biji telur (direbus & digoreng)
1 cawan santan pekat/susu cair
1 biji bawang besar (sederhana - dikisar)
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sm halia - dikisar
1 sm lengkuas (optional - dikisar)
1 senduk cili giling
1 tbsp. puri tomato/sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
sedikit kicap
garam & gula secukup rasa

Cara membuat :

Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan santan dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api. Masukkan telur dan gaul rata dan sebati. Hidangkan bersama nasi. (Juga sesuai dihidangkan bersama nasi lemak kerana sambal ini sedap sekali).

No comments:

Post a Comment