KEK PISANG

Monday, March 5, 2012

Salam semua, hari ini saya mencuba Sheperd's Pie. Resipi yang diambil dari blog Yatie. Pie ini sedap sangat. Terima kasih kerana sudi berkongsi akan resipi ini. Disini saya minta izin dari tuan empunya untuk letakkan resipi ini disini supaya dapat dikongsi dengan teman-teman yang lain.
SHEPERD'S PIE




SHEPERD'S PIE
oleh : Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com

Bahan A : (Untuk inti ) :

500 gm daging kisar
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (dihiris atau belah 4)
5 biji tomato masak (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 tsp. parsley kering (dalam botol)
1 tbsp. tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air)
1 tbsp. serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 tbsp. minyak masak/minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara membuat :

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan, kacau rata hingga daging masak.
3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutupkan api. Ketepikan.

Bahan B : (Untuk Pai) :

1 kilo kentang (potong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 tbsp. mentega
1 tsp. serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara membuat :

1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
2. Ketika kentang masih panas, lecekkan hingga hancur sebati.
3. Gaulkan dengan susu segar (tuang sedikit demi sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas foil kecil.
5. Masukkan pula inti daging dan tutupkan pula dengan kentang lecek semula. Taburkan atasnya dengan sedikit serbuk lada hitam dan sedikit parsley kering.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu : 190'C selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA

1 comment: