KEK PISANG

Tuesday, March 13, 2012

TALAM SUJI PANDAN



TALAM SUJI PANDAN (tray : 10 x 10 x 2 inci)
oleh : Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Lapisan Bawah (A) :

1 1/2 cawan tepung suji
450 ml air

Bahan Lapisan Bawah (B) :

1 cawan gula kastor
2 biji telur
200 ml santan pekat
250 ml air
Pewarna kuning secukupnya

Cara membuat :

1. Rendamkan bahan-bahan A selama 30 minit dalam periuk.
2. Satukan kesemua bahan-bahan B, kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk yang mengandungi bahan A.
3. Kacaukan di atas api sederhana dengan senduk kayu.hingga agak pekat (masak naik wap).
4. Jangan terlalu pekat. Tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 inci square yang telah disapu dengan sedikit minyak dan di alas dengan plastik.
5. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas :

1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air (dikisar bersama 4 helai daun pandan & ditapis )
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 tsp. garam
Pewarna hijau

Cara membuat :

1. Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati atau blend saja semuanya.
2. Masakkan naik wap hingga sederhana pekat.
3. Tuangkan ke atas lapisan bawah (cakar permukaan lapisan bawah dahulu dengan garpu, lap permukaan talam dengan tisu jika ada air).
4. Kukus selama 30 minit. Pastikan talam betul-betul sejuk barulah dipotong & dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.

2 comments:

  1. Salam balas kunjungan, mekaseh dtg singgah :) kita suke kuih2 talam mcm ni :D

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih di atas kunjungan ijayuji ke sini. Kak ni suka melawat ke blog kawan-kawan maya yang lain sambil mencuba resepi mereka. Hanya sekadar sebagai hobi sambil menghabiskan masa.

    ReplyDelete