KEK PISANG

Wednesday, August 7, 2013

KEK BUAH KUKUS YANG SEDAP










KEK BUAH KUKUS



sumber  :   buku 'Kompilasi Hidangan Kek'
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

540  gm   tepung gandum
500  gm   buah-buahan campuran
320  gm   marjerin
300  gm   gula kastor
190  gm   gula pasir
    2  tsp   serbuk penaik
    2  tsp   soda bikarbonat
    5  biji   telur  (gred A)


Cara Membuat :

1.   Griskan acuan/loyang bulat atau persegi berukuran 10 inci x 3 inci.  Lapik dengan kertas serap minyak.  Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh.  Jerangkan hingga mendidih.

2.   Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di atas sehelai kertas lebar.  Masukkan buah-buahan campuran dan gaulkan sebati dengan tepung.  Bungkuskan kertas tadi elok-elok dan perapkan selama 30 minit.

3.   Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.

4.   Pindahkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.  Masukkan bahan yang diperap tadi sedikit demi sedikit sambil digaul rata.  Ketepikan sebentar.

5.   Masukkan gula pasir di dalam periuk dan panaskan atas api sederhana.  Kacau dengan senduk kayu hingga cair dan perang.  Dengan cepat, tuangkan air gula ini ke dala adunan kek tadi.  Gaulkan rata-rata hingga sebati.

6.   Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang dan ratakan.  Tutup dengan kain nipis/aluminium foil.  Kemudian kukus selama 2 jam dengan api sederhana besar.


TIPS  :   1.  Marjerin dan gula kastor jangan dipukul terlalu kembang kerana ia akan menjadi ringan dan
                   buah akan mendap ke bawah.
              2.  Air kukusan hendaklah betu-betul mendidih baru dimasukkan kek.


 

No comments:

Post a Comment