KEK PISANG

Wednesday, August 21, 2013

PAI TUNA dlm. pelbagai saiz - sangat sedap...















PAI TUNA



Sumber :  buku resipi 'Hidangan Berkeju' oleh : Noraini Zakaria



Bahan Pastri :

450  gm     tepung gandum  (diayak)
250  gm     mentega
    1  biji     telur gred B
    2  tbsp   air
    2  tbsp   gula
 1/2  tsp     garam halus


Bahan Inti Tuna :

    1  tin      kecil kepingan tuna (tuna flake)  -  dilecek
100  gm     parutan keju cheddar
    1  biji     cili benggala      )
    1  biji     bawang besar   )  (dicincang)
    5  biji     cendawan butang  (dihiris)
100  ml      susu segar
    1  biji     telur gred B
    1  tbsp   tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Acuan Pie :  8 inci


Cara Membuat :


Pastri :   Satukan mentega, gula dan garam.  Putar hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepung gandum.  Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.

Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia mengelembung.

Inti :  Ratakan ikan tuna pada kulit pastri.  Taburkan cili benggala, keju cheddar, cendawan butang dan bawang besar.  Ketepikan sebentar.  Sementara itu, satukan susu segar, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas.  Kacau rata dan tuangkan ke atas inti tadi.  Bakar semula pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi hingga keperangan.  Enak dimakan dengan cili sos.

 

No comments:

Post a Comment