KEK PISANG

Tuesday, August 6, 2013

SEMPERIT/DAHLIA BUNGA











SEMPERIT/DAHLIA BUNGA



sumber  :   Shima Maz - Resipi Turun Temurun - tqvm
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

300  gm        mentega
    1  cawan   gula aising
    2  cawan   tepung gandum
    1  cawan   tepung ubi
    1  cawan   tepung jagung
Gula manik sebagai hiasan
Pewarna pilihan


Cara Membuat :

     Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.  Jangan sampai kembang cukup sekadar sebati saja.  Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak sedikit demi sedikit secara kaup balik.  Jika lembik tambahkan tepung sedikit lagi sambil digaul hingga tidak melekat di tangan, (terlebih gaul, biskut akan keras).
     Adunan dibahagi kepada 2 bahagian.  Letakkan pewarna pilihan.  Acukan di dalam dulang pembakar hingga habis.  Hiaskan dengan gula manik di atas biskut.
     Bakar pada suhu 150'C selama 25 minit.

No comments:

Post a Comment