Sunday, August 18, 2013
PUDING ROTI MARBLE HIJAU COKLAT
PUDING ROTI MARBLE HIJAU COKLAT
Oleh : Hanamemories - sangat sedap
Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp. mentega/marjerin
230 ml air (3 1/2 cawan)
2 tbsp. serbuk koko/coklat emulco
Pewarna hijau secukupnya
Acuan : 8 inci - hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah keluarkan dari acuan
Cara Penyediaan :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir ke dalam periuk.
2. Blend/kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air (1/2 cawan) hingga halus kemudian tuankan ke dalam periuk agar-agar yang telah mendidih tadi.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih. Tutupkan api.
4. Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko/coklat emulco sementara satu bahagian lagi dititiskan pewarna hijau secukupnya.
5. Tuangkan ke dua-dua adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga habis. (hendahlah dibuat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6. Simpankan ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga membeku dengan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment