KEK PISANG

Sunday, August 18, 2013

QUICK HONEYDEW ICE CREAM








QUICK HONEYDEW ICE-CREAM



Oleh :   Akubukanmasterchef (ABM) - sangat sedap



Bahan-bahan :

500  gm   tembikai susu  (dipotong kecil & dibekukan)
100  gm   gula kastor  (ikut kemanisan buah)
    1  biji   putih telur (B)
200  ml    UHT whipping cream
sedikit pewarna hijau  (optional)


Cara Penyediaan :

1.   Masukkan tembikai susu yang sudah dibekukan dan juga gula ke dalam food processor dan kisar hingga halus.  (jika guna blender biasa, masukkan tembikai sedikit demi sedikit tetapi lebih mudah menggunakan food processor berbanding blender biasa).

2.   Masukkan pula putih telur dan kisarkan sebati.  Kemudian, masukkan whipping cream dan kisarkan lagi hingga sebati keseluruhannya.

3.   Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan sedikit pewarna (jika suka).  Gaulkan rata.  Pada tahap ini, adunan agak cair.  Masukkan ke dalam peti sejuk supaya keras sepenuhnya sebelum dimakan (sebaiknya simpan semalaman).

No comments:

Post a Comment