KEK PISANG

Saturday, August 17, 2013

KEK OMBAK RINDU enak dinikmati bersama minuman panas di waktu petang.









KEK OMBAK RINDU



rujukan  :  Majalah RASA Mac 2013



Bahan-bahan :

300  gm    tepung naik sendiri
200  gm    gula kastor
250  gm    mentega
100  gm    serbuk Oreo
100  ml     susu cair
    5  biji    telur (B)
    2  tbsp  susu pekat manis
    1  tsp    esen vanilla
    1  tsp    ovalette
Pewarna biru, merah jambu & oren secukupnya


Loyang :  8 inci, digris & dialas dengan baking paper


Cara Membuat :

1.   Putar mentega, gula kastor dan ovalette sehingga lembut.
2.   Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar.
3.   Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair.  Gaul sebati.
4.   Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga (3) bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian.
5.   Sediakan loyang, tuangkan adunan biru dan taburkan lapisan serbuk Oreo.
6.   Kemudian tuangkan pula adunan merah jambu dan taburkan serbuk Oreo.
7.   Seterusnya tuangkan adunan oren.  Ratakan.  Tutupkan loyang dengan aluminium foil.
8.   Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.

No comments:

Post a Comment