First time buat nasi ayam - menjadi dan sangat sedap. Resipi dari blog CMG - dapur tanpa sempadan. Terima kasih pada CMG di atas resipi yang sangat sedap ni. Most of the recipe dari blog ni bila dicuba, kebanyakkannya menjadi dan sedap, resipi-resipi yang tidak pernah menghampakan.
Ayam yang di panggang menggunakan kuali pemanggang ajaib keluaran Syarikat MENANG. Sangat senang menggunakannya, masa memanggang pun cepat.
NASI AYAM CMG
Sumber : DapurTanpaSempadan - CMG
dicuba : zaralovebaking
Bahan Nasi Ayam :
4 cawan beras basmati (cuci bersih & rendam 25 minit, toskan)
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia (diketuk/titik)
2 ulas bawang putih (dititik)
1 1/2 tbsp. marjerin/mentega
Garam secukup rasa
Bahan Sup Ayam :
1 ekor ayam sederhana besar di potong 4
15 cawan air
1 1/2 inci halia (hiris kasar & titikkan)
5 ulas bawang putih (dititik)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 tbsp bawang goreng
1 pokok daun sup (dikerat 2)
10 kuntum cendawan butang dalam tin dibelah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1/4 bahagian bunga kubis (dipotong sekuntum-sekuntum)
2 kiub pati ayam MAGGI
1 tsp lada hitam (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
Bahan Sos Cili Halia :
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia (dititik)
Gula & garam secukup rasa
Bahan Perap Ayam :
2 tbsp madu
2 tbsp kicap pekat
1 tsp lada hitam (ditumbuk halus)
1 tbsp mentega
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Bahan Hiasan/Ulaman :
Tomato )
Timun ) dihiris
Daun salad - dicuci setiap kelopak & toskan
Hirisan daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara Memasak :
1) Untuk sup ayam : Ayam dipotong 4 bahagian, dicuci bersih dan ditoskan. Didalam periuk besar, satukan kesemua bahan kecuali bunga kubis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerangkan hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam dan biarkan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan ketang di dalam baki kuah sup, teruskan memasak hingga empuk. Masukkan bunga kubis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambahkan air lagi dan garam secukup rasa. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng sebelum dihidang.
2) Untuk nasi ayam : Panaskan marjerin/mentega di dalam kuali, tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, gorengkan beras dengan bahan-bahan tadi selama 1 minit. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker, tuangkan stok ayam (6 cawan tadi) dan gaul sebati. Tambahkan sedikit garam. Masak seperti biasa. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang.
3) Untuk ayam panggang segera : Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perapkan selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190'C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. (Saya menggunakan kuali pemanggang ajaib keluaran Syarikat Menang selama 5 minit untuk bahagian bawah dan 5 minit lagi bahagian atas) Hidangkan bersama ulam-ulaman dan sos cili halia.
4) Untuk sos cili halia : Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus bersama 1/2 cawan stok sup ayam tadi. Tuangkan ke dalam periuk, masukkan halia. Masak hingga mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga pekat. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama nasi ayam.
No comments:
Post a Comment