KEK PISANG

Sunday, January 26, 2014

BISKUT LIDAH KUCING COKLAT










BISKUT LIDAH KUCING COKLAT

Oleh  :   Citarasawan




Bahan-bahan :

250  gm   mentega
170  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
170  gm   tepung gandum
  50  gm   tepung jagung
  30  gm   serbuk koko
 1/4  tsp   emplex
    1  tsp   chocolate emulco
    1  tsp   coffee emulco  (optional)

Hiasan :   croquant secukupnya


Cara-cara :

     Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan emplex.  Kaupbalik dengan spatula hingga rata dan akhir sekali masukkan chocolate emulco dan coffee emulco (jika guna), gaul hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag.  Picitkan memanjang ke dalam loyang lidah kucing  yang telah digriskan dengan sedikit mentega.  Taburkan dengan sedikit croquant di atasnya.
     Bakar selama 15 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 150'C.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    nampak sedap & menarik...resepi pun nampak mudah jer..

    ReplyDelete
  2. memang tersangatlah mudah add syuhada....

    ReplyDelete