Thursday, January 2, 2014
TAT TELUR
TAT TELUR
Bahan Pastri :
1 cawan marjerin Pelangi
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur C/B
1 tsp esen vanilla
2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Putar marjerin dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan 1 cawan tepung dulu, putar sekejap. Masukkan lagi baki tepung dan putar lagi hingga sekadar sebati sahaja.
4. Masa ini adunan masih lembik. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam (untuk direhatkan).
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
Bahan Filling :
4 biji telur A/B
3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 tsp esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-cara :
Bancuhkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan jika perlu. Tuangkan bahan filling ke dalam kulit tat tadi dan bakar semula pada suhu 170'C selama 18-20 minit. (untuk tat yang besar seperti gambar di atas, masa membakar agak panjang sedikit anggaran 40-45 minit bergantung pada oven masing-masing).
TIPS :
1. Bakar dulu kulit tat kemudian letak inti/filling dan bakar kembali (cara ini rangup/crispy).
2. Atau selepas tekankan doh ke dalam acuan boleh dituangkan filling dan terus dibakar sekaligus.
Labels:
Cheesetart
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat tahun baru kak..
ReplyDeletesedapnya tat telur..memang kegemaran saya ni kak..x pandai buat..selalu beli ja..heheh..
tat telur ni pun kegemaran kak..selalu beli tapi tak sedap, jadi cuba buat sendiri..puas hati..buatpun agak senang..cubalah..
ReplyDeletetat telur ni pun kegemaran kak..selalu beli tapi tak sedap, jadi cuba buat sendiri..puas hati..buatpun agak senang..cubalah..
ReplyDeletetat telur kegemaran saya.tambah2 dgn strawberi...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
ReplyDeletesangat menarik dan pastinya sedap bila dibuat sendiri..tq berkongsi resepi pn Zaharah..
ReplyDelete