KEK PISANG

Monday, January 6, 2014

CHOCOLATE VANILLA CUPCAKES

 sebelum dihias
 selepas dihias






CHOCOLATE VANILLA CUPCAKES




Sumber  :   Azie Kitchen/emiliaputeri



Bahan-bahan :

   3/4   cawan   mentega  (170 gm) - suhu bilik
      3   biji        telur - suhu bilik
2 1/2   cawan   tepung gandum
   1/2   tsp        garam
      2   tsp        serbuk koko
1 3/4   cawan   gula kastor
      3   tsp        esen vanilla
1 1/4   cawan   susu segar
2 1/2   tsp        baking powder


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 170'C.
2.   Satukan dan ayak bersama tepung, garam, serbuk koko  dan baking powder.
3.   Putar mentega dengan kelajuan tinggi selama 30 saat.  Masukkan gula dan putar sebati.
4.   Masukkan telur satu demi satu dan esen vanilla sambil terus diputar sebati.
5.   Masukkan tepung dan susu segar berselang-seli hingga habis, kacau sebati.
6.   Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit atau hingga masak.
7.   Hiaskan dengan buttercream pilihan.


Krim Mentega :

150  gm    mentega
350  gm    krimwell
180  gm    golden syrup/susu krimer pekat manis
    3  tbsp  gula aising


Cara-cara :

     Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.  Masukkan golden syrup/susu krimer pekat manis dan gula aising.  Pukul lagi hingga sebati.  Letakkan sedikit pewarna pilihan.  Siap untuk diguna.

No comments:

Post a Comment