KEK PISANG

Sunday, January 26, 2014

M&M SMARTIES COOKIES










M&M SMARTIES COOKIES

Oleh  :  Citarasawan - K1




Bahan A :

250  gm   mentega
  30  gm   shortening
250  gm   gula perang
    2  tsp   esen vanilla
    2  biji   telur gred 'B'


Bahan B :

460  gm   tepung gandum *
 1/2  tsp   baking powder *
    1  tsp   emplex * ( * diayak bersama )
 1/4  tsp   garam halus
  60  gm   badam cincang - dipanggang


Hiasan :  Coklat M&M Smarties secukupnya


Cara-cara :

1.   Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim.  Masukkan esen vanilla dan telur satu demi satu dan pukul hingga bergaul rata.

2.   Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 15-20 minit.

3.   Ambil 1/2 tbsp adunan (kecil) atau 1 tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekankan dengan 3-6 biji coklat M&M smarties.

4.   Panaskan oven, susunkan di dalam loyang yang telah digris.  Jarakkan biskut 5cm diantara yang lain kerana biskut ini mengembang ketika dibakar.

5.   Bakar pada suhu 150'C selama 15 - 20 minit atau hingga keperangan.

TIPS  :  Jika inginkan tekstur yang lebih lembut kurangkan sukatan tepung 80-100 gm.

No comments:

Post a Comment