KEK PISANG

Monday, January 6, 2014

TAT KEJU OREN








TAT KEJU OREN



Sumber  :  buku 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria



Bahan Pastri :

250  gm   mentega
100  gm   gula kastor
    1  biji   telur gred 'B'
450  gm   tepung gandum
    2  tsp   air sejuk dari peti sejuk
    1  tsp   esen vanilla


Inti Keju :

250  gm   keju krim
  50  gm   mentega
  60  gm   gula kastor
    1  biji   telur gred 'B'
200  gm   inti oren


Cara Penyediaan :

1.   Pastri  :   Putar mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan telur, esen vanilla dan air.  Putar lagi hingga adunan berkrim.

2.   Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.

3.   Tekan sedikit doh ke dalam acuan tat, cucuk dasarnya dengan garpu dan bakar 20 minit pada suhu 170'C hingga hampir masak.

4.   Inti :   Putar keju, mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.

5.   Paipkan sedikit inti oren ke dalam kulit tat kemudian paipkan adunan keju menutupi inti oren tadi hingga hampir penuh.

6.   Sudukan sedikit inti oren di atas tat keju ini (atau lorek untuk corak seperti dalam gambar).  Bakar semula selama 15-20 minit hingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment