Monday, September 26, 2016
AYAM TERIYAKI
RESIPI AYAM TERIYAKI
sumber : iresipi.com...
Bahan-Bahan :
2 keping dada ayam
1/4 cawan kicap soya cair
2 sudu besar cuka masakan
1 sudu besar parutan halus halia
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang atau gula putih
Sedikit minyak masak
Bijan - sangai seketika
Daun bawang - hiris
Cili merah - hiris (jika suka)
Cara Memasak :
1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2 cm.
2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka masakan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasakkan kemudian.
4. Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan/terbalikkan. Angkat setelah ayam masak.
5. Dalam kuali yang sama, masakkan sos perapan tadi hingga mendidih dan sedikit pekat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuangkan sos ke atas ayam tadi.
6. Taburkan sedikit bijan yang di sangai, daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama nasi panas.
TIPS : Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment