Friday, September 30, 2016
GULAI TEMPOYAK IKAN BAWAL...
GULAI TEMPOYAK IKAN BAWAL
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal - cuci bersih, potong 3)
1/2 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit - dicarik
1 keping asam gelugur
Sedikit asam jawa
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (boleh leihkan jika mahu pedas)
1 inci kunyit hidup
1 liter air
Cara Memasak :
1. Ikan dicuci dengan air asam jawa sekejap.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, tempoyak, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Bila mendidih, masukkan ikan bawal.
5. Biar mereneh seketika, sesuaikan rasa dan tutup api
6. Sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment