KEK PISANG

Monday, September 26, 2016

DAGING MASAK LEMAK CILI API










DAGING MASAK LEMAK CILI API
oleh   :    zaralovebaking....





Bahan-Bahan :

    1  kg  daging lembu  -  direbus hingga lembut.  Masa hendak rebus air jangan banyak sangat, cukup sekadar paras daging saja.  Simpan air rebusan.  Selepas empuk barulah dipotong/dihiris ikut citarasa.
300  ml  santan pekat
    3  helai  daun limau purut  -  dicarik-carik
    3  biji  ubi kentang  -  dibelah 4
    3  batang  serai  -  dititik
    4  keping  asam gelugur
    3  cawan  air rebusan daging tadi secukupnya  -  kalau tak cukup tambahkan air biasa
Garam & gula secukupnya


Bahan Tumbuk :

2-3  inci  kunyit hidup tua
 10  biji  cili padi merah & hijau  -  supaya warna kuah kelihatan cantik
   3  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Rebus ubi kentang hingga separuh masak (proses ini mempercepatkan masakan).  Angkat dan ketepikan.  Buangkan air rebusan itu.

2.  Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan air rebusan daging tadi, daun limau purut dan serai.  Biarkan mendidih.

3.  Masukkan santan, daging rebus, kentang dan asam gelugur.  Tambahkan air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat.  Masak seketika hingga kentang betul-betul empuk.  Rasakan garam dan gula secukup rasa dan matikan api.


Info  :   Jika menggunakan daging batang pinang, tidak perlu direbus...masukkan daging, kentang bersama bahan tumbuk, biarkan hingga daging kecut sedikit, kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih,  daging dan kentang empuk kemudian masukkan asam gelugur, garam, gula secukup rasa, biarkan seketika dan matikan api dapur...

No comments:

Post a Comment