Versi coklat cuma tambahkan chocolate emulco sedikit atau serbuk koko...
CUCUR KEMBUNG MANIS & VERSI COKLAT
sumber asal : FB Noraslinda Bungal...
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 cawan air panas (air yang mendidih)
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Adunan menjadi doh yang melekat di tangan.
2. Biarkan doh suam dahulu supaya senang di bulat-bulatkan.
3. Basahkan tangan dengan air supaya tidak melekat, ambil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan bulat-bulatkan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana.
4. Goreng dalam minyak yang banyak, bila adunan timbul balik-balikkan dan goreng sehingga keperangan.
No comments:
Post a Comment