KEK PISANG

Sunday, September 25, 2016

MUFFIN VANILLA OREO









MUFFIN VANILLA OREO
sumber  :    Fiza's Cooking...





Bahan-Bahan :  (12 pcs)

1 3/4  cawan  tepung gandum
   1/4  cawan  gula kastor
      1  sudu besar  baking powder
   1/3  cawan  minyak sayuran/minyak masak
      1  biji  telur gred A
      1  cawan  susu segar
      1  bungkus  biskut Oreo  -  dicincang bersama intinya
Chocolate chips secukupnya  -  untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 160'C.
2.  Dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum bersama baking powder dan masukkan gula kastor.
3.  Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan basah iaitu telur, susu segar dan minyak sehingga sebati.
4.  Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kaupbalikkan sekadar bercampur saja.
5.  Masukkan biskut Oreo yang dicincang dan kaupbalikkan sehingga sekata.  Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras selepas dibakar.
6.  Seterusnya sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan chocolate chips di atasnya.
7.  Bakar di dalam oven selama 20 minit sehingga masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment