Monday, September 26, 2016
RISOLES
RISOLES
sumber : Azlita Masam Manis...
Bahan Inti :
400 gm daging kisar Ramly atau ayam
3 biji ubi kentang - kupas kulit & didadu kecil
1 biji bawang besar - didadu kecil
1 batang lobak merah - didadu kecil
Daun sup & daun bawang - hiris halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
3 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada sulah (optional)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara Memasak :
1. Ubi kentang, lobak merah, bawang, daun sup dan daun bawang dipotong dadu.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga harum (jangan lama nanti hangus).
3. Masukkan bawang besar dan masak hingga naik bau.
4. Masukkan daging cincang, gaul dan masak hingga daging empuk. Bila dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga lobak dan kentang empuk. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
5. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kacau rata. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata.
7. Angkat, masukkan dalam penapis dan toskan lebihan minyak dan air. Biarkan sejuk.
8. Sementara tunggu inti sejuk, sediakan kulitnya.
Bahan Kulit Risoles :
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (atau KARA 1 kotak jadikan 2 cawan santan atau air/susu cair)
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan, masukkan ke dalam blender dan kisar hingga halus kemudian ditapis. Adunannya cair tidak pekat.
2. Sediakan non-stick pan dan panaskan (betul-betul panas, kalau tidak nanti adunan melekat-lekat).
3. Sapu sedikit butter, bila sudah panas, letakkan 1 senduk dan lenggangkan ia agar rata pada permukaan pan.
4. Panaskan hingga masak, tidak perlu di balikkan. Bila nampak permukaan dan masak, angkat. Buat hingga habis.
5. Ambil sekeping kulit, letakkan inti, letakkan parutan cheese - Mozarella sedap atau cheddar, jika guna. Gulung atau lipat. Buat hingga habis.
Bahan Salut :
2 biji telur - dikocok
Breadcrumbs putih/oren secukupnya (saya guna yang putih)
Cara Membuat :
i) Celup Risoles dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs.
ii) Kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tempat beku. Bila nak makan, keluarkan dan terus goreng, tidak perlu dibiarkan pada suhu bilik. Goreng guna pan leper, letak sedikit minyak. Biar betul-betul panas dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
iii) Sebaiknya selepas masak kulit, terus letakkan inti dan terus gulung. Kalau buat sampai habis kulitnya, bila kulit dah sejuk ianya sukar nak lekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment