KEK PISANG

Monday, September 26, 2016

SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM









SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...





Bahan-Bahan :

   5  batang  sawi kecil
   1  peket kecil  cendawan tiram  (tambahan)
   1  sudu besar  sos tiram
1/2  kiub  pati ikan bilis
   3  ulas  bawang merah  -  hiris
   2  ulas  bawang putih  -  hiris
   1  sudu kecil  garam
   2  sudu besar  kicap pekat
Sedikit minyak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan berbau harum.
2.  Masukkan sawi, cendawan tiram, biarkan layu sekejap.
3.  Masukkan sos tiram dan kicap, kacau rata.
4.  Masukkan garam, kiub pati ikan bilis dan sesuaikan rasa.
5.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment