KEK PISANG

Saturday, May 12, 2012

Brownies

 CHOCOLATE FUDGE BROWNIES



CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
dari  :   blog  'Citarasawan'  tqvm untuk resepi ini
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :


310  gm   mentega
160  gm   serbuk koko
400  gm   gula kastor
2     tsp.   esen vanilla
5    biji     telur  (A -  dipukul ringan)
200  gm   tepung gandum
1/2   tsp   baking powder
1  cawan  chocolate chip  (digaul dengan sedikit tepung)

Hiasan :   Hirisan badam/almond flakes secukupnya
Loyang :  10" x 10"  persegi, gris dan dialas kertas minyak

Cara membuat :

1.   Cairkan mentega di dalam periuk yang besar.  Masukkan serbuk koko dan gaul rata dan sebati.  Tutupkan api.
2.   Masukkan gula kastor, esen vanilla dan telur yang dipukul ringan.  Gaul sebati.
3.   Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga bergaul rata.  Masukkan chocolate chip, gaul rata.
4.   Tuangkan ke dalam loyang, ratakan dan taburkan dengan badam hirisan.
5.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu : 160'C selama 40 minit/hingga masak.
 

No comments:

Post a Comment