CREME PUFF
CREME PUFF (anggaran : 34 biji)
resepi oleh : Juicycafe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
100 gm mentega
250 gm air
1/2 tsp gula kastor
secubit garam
150 gm tepung gandum, ayak
3 biji telur (A)
300 gm non-dairy whipping cream, putar hingga kental (diguna sebagai filling)
1 tbsp gula aising (hiasan, diayak atas puff)
1 tsp esen vanilla (optional)
Cara membuat :
1. Masakkan mentega, air, gula kastor dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan tepung, gaul hingga licin. Tutup api.
3. Tuangkan ke dalam mixer dan putar hingga suam.
4. Tambahkan telur sedikit demi sedikit dan terus putar hingga sebati dan rata.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozel bintang besar dan paipkan ke atas dulang yang telah digris.
6. Bakar pada suhu : 200'C selama 25 minit.
Krim Kastad :
resepi oleh : Citarasawan
250 ml susu segar
2 tbsp gula
2 tbsp tepung kastad/tepung jagung
1 biji kuning telur (pukul sedikit)
1/2 tbsp marjerin
Satukan kesemua bahan kecuali marjerin. Masakkan hingga agak likat. Masukkan marjerin dan kacau hingga pekat. Angkat dari api. Sejukkan dahulu dalam peti sejuk sebelum dipaipkan ke dalam puffs.
No comments:
Post a Comment