KEK PISANG

Thursday, May 10, 2012

Mini Fruit Sponge Cake


 KEK CAWAN BUAH-BUAHAN

resepi dari buku ini


KEK CAWAN BUAH-BUAHAN
oleh :  Chef Alex Goh
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :


300  gm   gula kastor
1/8  tsp.   garam
1    tbsp.  ovalet

Bahan B :


6    biji     telur  (gred B)
1    tsp.    esen vanilla

Bahan C :


250  gm   tepung gandum
60    gm   tepung jagung
2     tsp.   baking powder

Bahan D :


100  ml   air

Bahan E :


150  ml   minyak jagung

Bahan F :


160  gm   buah-buahan campuran kering

Cara-cara membuat :


1.   Campur (A) sehingga bergaul sepenuhnya.  Tambah (B) dan gaulkan hingga sebati.
2.   Tambah (C) dan adun sehingga pekat dan pukul hingga lembut dan ringan.
3.   Tambah (D) dan adun hingga bergaul sepenuhnya.  Kemudian tambah (E) dan adun hingga sebati.
4.   Tambah (F) dan gaul adunan hingga sebati.
5.   Sapu sedikit minyak ke dalam acuan kek mini dan ditaburkan dengan sedikit tepung.  Hias dengan kismis dan ceri merah di bahagian dasar mangkuk acuan. (saya guna  papercup sahaja).
6.   Tuang adunan ke dalam mangkuk acuan hingga 60 peratus penuh.
7.   Bakar pada suhu :  180'c di rak tengah selama 20 minit.
8.   Setelah bakar, keluarkan dari acuan serta merta.  Siap untuk dihidang.
(Menghasilkan anggaran :  40 biji)

Nota :  Kek ini sedap dan gebu.

No comments:

Post a Comment