BISKUT CORNFLAKES
RANGUP & SEDAP
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
130 gm tepung gandum
125 gm mentega
1 biji telur (saya guna gred A)
80 gm gula kastor
70 gm cornflakes ~ emping jagung Nestle (saya ramas-ramas sedikit)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Putar mentega dan gula kasotr sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kaup balik. Tuangkan emping jagung dan kacau rata.
3. Sudukan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai. Susun di atas baking tray yang di alas parchment paper dengan dijarakkan.
4. Panaskan oven pada suhu 170'C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuning keemasan (bergantung pada oven masing-masing).
5. Angkat dan sejukkan di atas wire rack dan sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment