RESIPI PUDING TRIFLE
sumber : FB@Mariana Zainal
(bekas : SQ 250 = 7 bekas & 2 bekas kecil)
Bahan-Bahan :
1 roll kek swiss roll (perisa pandan, nak guna kek span pun boleh)
1 tin fruit cocktail (brand apa-apa ikut suka, me : HOSEN)
1 kotak jelly kristal brand NONA (perisa mango atau ikut suka)
1 tin susu cair
5 sudu makan gula pasir
6 sudu makan tepung kastad
1 tin air biasa (sukat guna tin susu cair tadi)
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Potong kek lebih kurang 1 inci (ikut suka nak tinggi mana potong) susun di dalam bekas, guna tupperware 4 segi pun boleh, ambil air fruit cocktail, siramkan pada kek (bagi basah sikit-sikit kek tu).
2. Di dalam periuk/kuali, satukan susu cair, air biasa, gula, tepung kastad dan secubit garam, kacau sehingga tidak berketul-ketul kemudian pasangkan api dapur, masak atas api sederhana sehingga likat, meletup-letup dan boleh lah tutup api.
3. Tuangkan adunan kastad ke atas kek tadi, taburkan fruit cocktail, biarkan sejuk dan mengeras.
4. Kemudian masak kristal jelly ikut resipi pada belakang pek/kotak agar-agar. Dah siap masak, curahkan di atas kastad, biarkan agak suam, masukkan ke dalam peti sejuk.
SIAP !
No comments:
Post a Comment