Wednesday, January 27, 2016
Nyamannya makan puding dalam keadaan cuaca sangat panas !!!!
PUDING KARAMEL GULA HANGUS
Bahan-Bahan :
5 biji telur gred B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat menggunakan tin susu cair)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir (untuk buat gula hangus)
1 sudu besar tepung kastad
Loyang : 8 inci bulat
Cara-Cara :
1. Mula-mula buat gula hangus : cairkan gula pasir di dalam periuk/kuali sehingga berwarna perang. Kemudian dengan berhati-hati tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan whisk tangan sehingga sebati kecuali air gula hangus.
3. Panaskan kukusan. Kemudian tuangkan adunan telur ke dalam loyang berisi air gula hangus tadi.
4. Kukus selama 30 minit sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Enak dimakan bersama buah-buahan dalam tin/ais krim pilihan....
Tips : boleh juga dikukus dalam bekas ramekin/bekas kecil ikut citarasa..masa kukus : 20 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment