KEK PISANG

Saturday, January 16, 2016

CHOCOLATE CREME PUFF









CHOCOLATE CREME PUFF





Bahan-Bahan :

   1  cawan  air
1/2  cawan  mentega, suhu bilik  (anggaran 125 gm)
   1  cawan  tepung gandum  -   diayak
   4  biji  telur gred A/B
   2  tbsp  serbuk koko  -  diayak


Cara-Cara :

1.    Panaskan oven pada suhu 200'C terlebih dulu.  Gris loyang pembakar dengan sedikit mentega.  Ketepikan.

2.    Masukkan telur ke dalam mangkuk.  Kocok telur agar kuning dan putih telur bercampur sebati.

3.    Masukkan air dan mentega di dalam periuk.  Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.

4.    Bila sudah mendidih alihkan dari api kemudian masukkan kesemua tepung dan kacau cepat.

5.    Panaskan semula dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk pada dasar periuk.  Tutup api.

6.    Tuangkan ke dalam mangkuk pengadun.  Biarkan sejuk/suam kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, kacau sepat-cepat hingga adunan nampak likat.
7.    Masukkan adunan ke dalam piping bag yang diisikan dengan nozle pilihan.  Paipkan ke atas loyang pembakar.

8.    Spray permukaan cream puff dengan air.  Bakar pada suhu 200'C selama 15 minit kemudian turunkan suhu 180'C dan teruskan membakar selama 25 minit.

9.    Untuk filling :  1  cawan  Non-Dairy Fresh Cream dipukul sehingga kental kemudian gaulkan dengan sedikit jem pilihan (sekadar kaupbalik sahaja untuk mendapatkan efek/coral marble).  Siap untuk dipaipkan ke dalam creme puff..

No comments:

Post a Comment