Sunday, January 24, 2016
CUCUR PISANG KEJU
CUCUR PISANG KEJU
SAJI April 2015....
Bahan-Bahan :
3 biji pisang masak (pisang berangan)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur gred B
1 cawan keju cheddar parut
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Pukul telur sehingga separuh kembang dan masukkan gula. Gaul rata.
2. Tambahkan tepung dan gaul sehingga agak sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Cubit pisang sederhana besar dan masukkan keju lalu digaul sekadar sebati saja.
5. Goreng dalam minyak banyak dan panas sehingga masak. Enak dimakan dengan susu pekat manis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment