KEK PISANG

Monday, January 25, 2016

NASI LEMAK PANDAN & SAMBAL SOTONG MUDAH








NASI LEMAK PANDAN
sumber  :   Chef Hanieliza & Fiza's Cooking; thanks...




Bahan-Bahan :

   3  cawan  beras biasa
   4  cawan  santan
1/2  cawan  air   kisarkan dengan 7 helai daun pandan, tapis ambil jusnya menjadi 1/2 cawan
   2  inci  halia  -  dihiris
   3  ulas  bawang merah  -  dimayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika suka)


Bahan Sampingan :

Telur rebus
Timun
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng  (x letak)
Sambal sotong atau ikut citarasa


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.

2.  Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk.  Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi.

3.  Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan dengan sambal sotong dan lauk sampingannya.










SAMBAL SOTONG MUDAH
sumber  :   Azie Kitchen; thanks...




Bahan-Bahan :

1  kilo  sotong  -  cuci bersih & toskan (tidak perlu dipotong)
3  labu  bawang besar  -   hiris
5  ulas  bawang putih  -   hiris
4  sudu besar  cili kering kisar
1  sudu besar  gula pasir
1  sudu kecil  garam
Asam jawa (sebesar telur kuning gred A  -  rendam dengan air) atau 1 keping asam gelugur/keping


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali tanpa minyak, masukkan sotong yang telah ditoskan airnya dan digolek-golek dalam beberapa minit sehingga air sotong keluar.  Angkat dan toskan sekali lagi sehingga benar-benar kering.

2.  Tumiskan pula bawang-bawang yang telah dihiris sehingga layu.  Setelah itu, masukkan pula cili kering kisar, dikacau dan tutup kuali.  Masak cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar garing.

3.  Bila bawang hancur, masukkan air asam jawa atau jika menggunakan asam keping, masukkan secikit air.  Masak sehingga pecah minyak.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Sesuaikan rasa.

4.  Akhir sekali masukkan sotong atau udang, biarkan seketika sahaja agak-agak masak.  Jika terlebih masak, sotong atau udang akan menjadi kecut dan liat.


Tips  :   Cara Siang Sotong :

     Sotong perlu dibasuh terlebih dahulu.  Tarik kepala sotong dengan cermat sehingga dijumpai pundi dakwat sotong.  Dengan cermat keluarkan dan buang pundi dakwat sotong.  Sekiranya pundi dakwat sotong pecah, basuh bersih sotong itu.  Kemudian masukkan kembali kepala sotong ke dalam badan sotong dengan cara menekan masuk.  Jangan tarik keluarkan tulang belakang sotong itu, nanti lembik sotong itu.

No comments:

Post a Comment