KEK PISANG

Monday, January 11, 2016

PUFF KENTANG BERDAGING









PUFF KENTANG BERDAGING
oleh   :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1  paket  puff pastri jenama KAWAN secukupnya


Bahan Inti :

200  gm  daging cincang
    4  biji  ubi kentang  -  dipotong dadu
    2  labu  bawang besar  -  dimayang halus
    3  tangkai  daun kari
    5  sudu makan  minyak jagung
    2  sudu makan serbuk kari daging
100  ml   air
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa


Hiasan : 

Kuning telur sebagai sapuan/glis
Bijan hitam secukupnya


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti :  Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan daging cincang dan goreng sehingga empuk.
3.  Selepas itu, masukkan rempah kari dan daun kari.  Tumis sehingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan kentang dan air.  Masak sehingga kentang empuk.
5.  Akhir sekali perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.  Tutup api dan sejukkan.
6.  Ambil sekeping puff pastri, letakkan inti  dan lipat kemudian kemaskan menggunakan garpu.
7.  Sapukan permukaan puff pastri dengan kuning telur, taburkan sedikit bijan (jika suka).
8.  Buat sehingga kesemua puff pastri habis.
9.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga puff pastri kelihatan keperangan.  Hidangkan dengan sos pilihan...

No comments:

Post a Comment