KEK PISANG

Wednesday, January 20, 2016

SET NASI TOMATO (My style)...






DALCA
sumber  :   Fiza's Cooking; thanks...




Bahan-Bahan A :

600  gm  daging ayam/tulang  (saya guna daging batang pinang)
 1/2  cawan  kacang dhal  -  direbus lembut
Santan dari 1/2 biji kelapa
    3  sudu makan  rempah kari daging
    1  sudu makan  minyak sapi
    3  sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-Bahan B :

3  biji  ubi kentang  -  dipotong kiub
5  tangkai  kacang panjang  -  dipotong-potong ikut suka
1  batang  lobak merah  -  dipotong kiub
4  biji  cili hijau  -  dibelah tanpa putus
2  biji  mangga muda atau belimbing buluh  (saya guna belimbing buluh)
2  biji  tomato  -  dibelah 4
1  labu  bawang besar  -  dibelah 4
2  biji  terung bulat  -  x letak


Bahan-Bahan C :  (Bahan Menumis)

3  ulas  bawang merah  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
2  inci  halia  -  dihiris
1  inci  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
3  tangkai  daun kari


Cara Memasak :

1.  Perapkan daging dengan rempah kari selama 1 jam.
2.  Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau rata.
4.  Masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging lembut.
5.  Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, kacang dhal, garam dan sayur-sayuran.
6.  Masak sehingga kesemua sayur-sayuran lembut, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.  Sedia untuk dihidangkan...













NASI TOMATO




Bahan-Bahan A :

   5  cawan  beras  -  dicuci & toskan  (saya rendam sekejap anggaran 20 minit)
1/2  cawan  susu cair
   4  biji  tomato  -  dicincang
1/2  cawan  sos tomato
   3  sudu makan  minyak sapi
Garam secukup rasa
   6  cawan  air
   2  helai  daun pandan  -  disimpul
   2  batang  serai  -  diketuk
   1  kotak  kecil kismis


Bahan-Bahan B :  (Tumisan)

3  ulas  bawang putih  -  hiris
5  ulas  bawang merah  -  hiris
1  inci  halia  -  hiris
3  biji  buah pelaga
3  kuntum  bunga cengkih
1  inci  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumiskan bahan tumis, serai dan daun pandan sehingga wangi.
2.  Masukkan tomato cincang, garam dan gaul rata.  Tambahkan kismis, susu cair, air dan biarkan mendidih.
3.  Masukkan bahan tumisan ke dalam beras di dalam periuk elektrik.  'ON' kan suis dan biarkan masak.
4.  Apabila nasi sudah kering, kacau/gemburkan rata dengan chopstick tetapi jangan sampai hancur.
5.  Taburkan dengan bawang goreng (jika suka) semasa menghidang...





No comments:

Post a Comment