Monday, January 4, 2016
KEK PISANG LEMBAB (ALL TIME FAVOURITE) !!!
KEK PISANG LEMBAB
sumber : Azie Kitchen ; thanks...
Bahan-Bahan :
5 biji pisang emas - dilecek
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A atau B
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan Lain :
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat urai & badam cincang/flake secukupnya (jika suka)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser sedikit mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Pukul gula, telur dan minyak anggaran dalam 3-5 minit@sehingga putih. Masukkan pisang lecek dan kacau rata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan spatula.
4. Masukkan esen vanilla, jus limau dan gaulkan sebati. Tuangkan ke dalam loyang, taburkan dengan coklat urai/badam cincang/flakes (jika suka) dan bakar selama 40-45 minit hingga masak.
Nota : Jika permukaan atas kek telah perang, turunkan suhu ke 150'C dan teruskan membakar selama 1 jam atau sehingga kek betul-betul masak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment