KEK PISANG

Friday, January 15, 2016

DAGING GORENG HALIA








DAGING GORENG HALIA
Majalah rasa Jan. 2016..





300  gm  daging batang pinang  -  hiris
    3  ulas  bawang putih  -  kisar
    5  ulas  bawang merah  -  kisar
    5  cm   halia  -  hiris keping
    2  sudu makan  sos tiram
    1  tangkai  cili merah  -  hiris
Sedikit daun bawang  -  hiris (saya tukar ke tomato belah 4)
Sedikit cuka masakan
Sedikit air
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Tumis bahan kisar dan hirisan halia sehingga naik bau.
2.  Masukkan daging dan sedikit air.  Biarkan seketika hingga daging empuk.
3.  Masukkan cuka, gula dan sos tiram.
4.  Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan cili merah.
5.  Biarkan seketika dan sedia dihidangkan...

Nota :  Resipi ini tidak menggunkan garam kerana sos tiram sudah masin..

No comments:

Post a Comment