Tuesday, January 26, 2016
SAGU LONGAN BERSANTAN/SUSU CAIR
SAGU LONGAN BERSANTAN/SUSU CAIR
SAJI Julai 2015...
Bahan-Bahan :
250 gm sagu biji - cuci & rendam lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan
500 ml air
150 gm gula pasir atau gula kastor
5 helai daun pandan - disimpul
1 tin buah longan atau secukupnya
250 ml santan
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara :
1. Cuci sagu, rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan tapis.
2. Masak gula dengan daun pandan bersama air sehingga mendidih.
3. Tuang sagu sambil dikacau hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Masukkan sagu yang telah dimasak tadi ke dalam acuan kecil atau loyang. Sejukkan.
5. Masak santan dengan sedikit garam sambil dikacau agar santan tidak pecah. Angkat.
6. Sajikan sagu biji dengan santan dan buah longan. Boleh tambah sirap gula Melaka jika suka. Selain santan boleh juga dihidangkan dengan susu cair. Juga enak dihidang bersama ice cream pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment