PANKEK MUDAH
sumber : grup MAHN/FB...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar atau susu cair
1 1/2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred B
2 sudu besar minyak jagung atau mentega cair
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk, kacau rata sehingga tepung tidak kelihatan berbintil-bintil. Biarkan di dalam 10-15 minit (nak bagi pankek gebu sedikit). Cedokkan sesenduk kecil (atau guna sukatan 1/3 cawan supaya pankek sama saiz) adunan ke atas kuali non-stick yang panas menggunakan api sederhana. Bila adunan sudah kelihatan timbul lubang-lubang kecil di atas pankek, terbalikkan. Tunggu seketika, barulah diangkat. Hidangkan dengan madu, buah-buahan atau sos pilihan...
Tips : untuk membuat pankek coklat, saya keluarkan 1/2 sudu besar tepung gandum di atas dan gantikan dengan 1/2 sudu besar serbuk koko..
No comments:
Post a Comment