Saturday, January 2, 2016
AYAM MASAK MASAM MANIS
AYAM MASAK MASAM MANIS
sumber : citarasawan ; thanks...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong ikut suka, cuci bersih & toskan
Serbuk kunyit & garam
Minyak untuk menggoreng
2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 tangkai cili merah - dihiris menyerong
2 biji buah tomato - dipotong 4 (tambahan)
2 tangkai daun bawang - dipotong 3 cm atau hirisan daun sup
Bahan Kisar & Tumis :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
Bahan Perasa :
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Ayam dipotong dan dibersihkan. Gaul bersama garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng hingga masak. Tos dan ketepikan seketika.
2. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos plum bersama sedikit air, biarkan seketika.
3. Bila kuah telah mendidih, masukkan ayam goreng tadi bersama tomato, cili merah dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga rata, taburkan hirisan daun bawang/daun sup. Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment