KEK PISANG

Saturday, January 16, 2016

APPLE YOGURT MUFFIN









APPLE YOGURT MUFFIN
AROMA April 2013...




Bahan-Bahan :

   2  cawan  tepung gandum
   2  sudu teh  baking powder
   1  sudu teh  serbuk kayu manis
   1  cawan  gula kastor
 75  gm  mentega  -  cairkan
3/4  cawan  plain yogurt
   2  biji  telur gred A/B
   1  biji  epal hijau  -  sagat halus


Topping :  (Digaul sebati)

1  sudu besar  gula perang
1  sudu teh  serbuk kayu manis


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.
2.  Pukul mentega bersama gula, yogurt dan telur menggunakan garfu sampai sebati.
3.  Masukkan bahan ayak dan epal hijau yang telah disagat dan kaupbalik hingga sebati.  Jangan terlebih kaupbalik nanti muffin keras selepas dibakar.
4.  Masukkan adunan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
5.  Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.
(Yields :  16 biji)

No comments:

Post a Comment