BROKOLI TUMIS TELUR MASIN
sumber : Majalah Sedap Dis. 2014...
Bahan-Bahan :
300 gm brokoli, potong perkuntum dan batangnya potong serong
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 labu bawang besar, cincang halus
2 biji cili merah besar, buang biji dan potong dadu kecil
2 biji telur masin masak, cincang kasar
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
100 ml air
1 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu teh air, larutkan
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan 1 sudu makan minyak masak, tumis brokoli dan 1/2 sudu teh garam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga terbit aroma. Masukkan telur masin, kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk lada sulah, kacau rata. Tuangkan air, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan larutan tepung jagung, masak sambil dikacau sehingga meletup-letup.
5. Sirakan di atas brokoli dan hidangkan.
6. Cara saya, (saya gaulkan sekali brokoli yang digoreng tadi sekejap sehingga sebati dan saya lebihkan sedikit air untuk ianya berkuah)...
No comments:
Post a Comment