Saturday, January 9, 2016
PANKEK MUDAH
PANCAKE MUDAH
sumber : grup MAHN/FB...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/susu cair
1 1/2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred A/B
2 sudu besar minyak jagung atau mentega cair
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di dalam bekas, kacau rata hingga tepung tidak kelihatan berbintil. Biarkan dalam 10-15 minit nak bagi pankek gebu sedikit.
Cedokkan sesenduk kecil atau 1/4 cawan adunan ke atas kuali non-stick yang panas menggunakan api sederhana. Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil di atas pankek, terbalikkan. Tunggu seketika, barulah diangkat. Hidangkan dengan sos pilihan atau madu...
Labels:
Pancake/pankek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment