KEK PISANG

Tuesday, January 19, 2016

NASI AYAM MUDAH









NASI AYAM MUDAH
sumber   :   Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg ; thanks (sangat sedap)...




Bahan Sup :

   1  ekor  ayam  dipotong 12, cuci bersih
   1  sup  bunjut Adabi
   2  sudu besar  mentega/minyak
1/2  sudu teh  serbuk lada putih
1/2  inci  halia  -  ditumbuk
   3  ulas  bawang putih  -  ditumbuk
   1  batang  kulit kayu manis
   1  kuntum  bunga lawang
   2  kiub  pati ayam maggi/knorr


Cara-Cara :

1.  Panaskan mentega/minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.

2.  Masukkan ayam, kacau sebentar, untuk kecutkan ayam.  Kemudian tambahkan air sehingga paras yang diinginkan (kena lebihkan dari sup biasa sebab nak gunakan untuk memasak nasi).

3.  Masukkan sup bunjut dan kiub pati ayam.  Masak sehingga ayam empuk.


Bahan Ayam :

12  ketul  ayam  (dari sup tadi)
  2  sudu besar  kicap manis
  2  sudu besar  sos tiram
  2  sudu besar  madu


Cara-cara :

1.  Keluarkan ayam dari sup.  Gaul sebati dan perap dengan semua bahan.  (Perap selama 30 minit).
2.  Gorengkan ayam secara deep fry.  (Goreng sekejap sebab ayam sudah masak).  Angkat dan toskan.


Bahan Nasi :

4  cawan  beras
5  cawan  sup
2  helai  daun pandan  -  disimpul
Kunyit/pewarna kuning  -  jika suka
Sedikit mentega


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan kecuali mentega.  Masak seperti nasi biasa.  Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masukkan 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya.  Tutup semula dengan nasi.  Akhir sekali kacau rata.


Bahan Kuah Kicap :

1  ulas  bawang putih  -  tumbuk/cincang halus
1  cawan  sup ayam
Lebihan jus perapan ayam (selepas goreng jangan buang bahan perapan ayam tadi)


Cara-cara :

1.  Tumiskan bawang putih sehingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam tadi.  Tumiskan sekejap saja.
2.  Masukkan/tambahkan 1 cawan sup ayam
3.  Boleh ditambah kicap, sos tiram lagi (jika suka).


Bahan Sos :

1  ulas  bawang putih *
1  ulas  bawang merah *
5  biji  lada merah *
1  biji  tomato * - buang bijinya  (* dikisar/blend) )
1  sudu besar  cuka masakan
1  cawan  sup ayam


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sekejap.  Siap dihidangkan !!!







2 comments: