sangat sedap, lembab & chocolatey...
BROWNIES BAJET
sumber : ibuainikitchen@FB/MAHN...
Saiz : 6 inci
Bahan 1 :
125 gm marjerin/mentega
125 gm chocolate compound (saya guna Beryl's - coin)
*** Double boilkan hingga kedua-dua bahan larut
Bahan 2 :
1 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan gula kastor
sedikit esen vanilla
secubit garam
*** Whiskkan bahan-bahan 2 hingga gula larut. Dah agak gula larut sedikit masukkan bahan (1) ke dalam adunan telur. Kacau sebati.
Bahan 3 :
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
secubit baking powder
*** Ayakkan terus ke dalam (2)...
1) Kaupbalikkan dan tuangkan ke dalam loyang bersaiz 5 atau 6 inci, digris dan dialas dengan kertas baking.
2) Boleh ditabur dengan kekacang pilihan (walnut/almond/ikut suka).
3) Bakar selama 25-30 minit sehingga masak pada suhu 170'C..
NOTA :
1) Adunan ini sesuai untuk loyang 5/6 inci.
2) Kalau nak guna loyang 7/8 inci, doublekan adunan.
3) Kalau nak guna loyang 9/10 inci, gandakan 3 adunan...
tebal loyanv berapa inci ye ni
ReplyDelete