KEK PISANG

Monday, November 6, 2017

LEMPENG MILO@PANCAKE MILO...








LEMPENG MILO @ PANCAKE MILO
rujukan :   FB@Aneka Resipi...



Bahan-Bahan :

1  biji  telur gred A/B
1  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1/2  sudu teh  soda bikarbonate *  (* diayak )
1  cawan  susu cair/susu segar
3  paket  Milo 3 in 1
3  sudu besar  mentega  ~  dicairkan


Cara-Cara :

1.  Pecahkan telur di dalam mangkuk sederhana besar dan kacau.

2.  Masukkan susu cair/susu segar, soda bikarbonate, baking powder, tepung gandum, Milo 3 in 1 ke dalam mangkuk telur, kacau sehingga sebati dan masukkan mentega cair.  (Saya blend semuanya menggunakan blender.  Nak guna mixer pun boleh, pastikan ianya sebati).

3.  Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan.  (Gunakan non-stick pan yang bersaiz 3-5 inci).

4.  Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan menggunakan api yang yang perlahan ketika memasak.  (Saya menggunakan 1/4 cawan sebagai sukatan untuk mendapatkan pancake yang sama saiz).

5.  Bila bahagian atas kelihatan berlubang-lubang dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikkan.  (Jangan dibiarkan lama sangat takut overcook bahagian bawah).  Biarkan sekejap sahaja dan terus angkat.

6.  Sedia untuk dihidangkan bersama madu, jem, maple syrup atau ikut citarasa.

NOTA :   Sekiranya adunan agak cair, tambahkan sedikit tepung...

No comments:

Post a Comment