KEK PISANG

Sunday, November 12, 2017

SINGGANG PEDAS IKAN PARI...









SINGGANG PEDAS IKAN PARI




Bahan-Bahan :

1  keping  ikan pari bersaiz sederhana  ~  dipotong, dibersihkan & ditoskan
1  biji  tomato  ~  dipotong 6
1  inci  lengkuas *
1  inci  halia *
1  batang  serai *
1  inci  kunyit hidup *  (* dihiris)
2  biji  bawang besar  ~  dibelah 6 setiap satu
10  biji  cili padi
200  ml  air atau secukupnya
1  keping  asam gelugur
Garam & serbuk perisa secukupnya


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan tomato.  Biarkan kuah mereneh.
2.  Perlahankan api dan masukkan ikan.  Biarkan mereneh seketika sehingga ikan betul-betul masak.
3.  Akhir sekali masukkan tomato.  Biarkan selama beberapa minit.
4.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan...


(Petua Mencuci Ikan Pari) :
sumber :  rasa.my

1)  Gunakan air limau nipis/kasturi/pes asam jawa untuk menghilangkan bau hancing dan segala lendir pada ikan, bilas bersih dan toskan.

2)  Boleh juga gunakan pelbagai pes rempah untuk perap ikan.  Selain memberi rasa yang sedap, rasa pes ini juga bermanfaat menghilangkan bau hancing ikan...

No comments:

Post a Comment